“Program Usahawan Muda Digital Cuti Sekolah Bersama Irfan Khairi” dikendalikan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), Penyedia Latihan Pendidikan Online dan Strategi Pemasaran Digital yang terkemuka di Malaysia.
“Usahawan Muda Digital” pula adalah program terbaharu yang direka untuk mendidik, memaklumkan dan memberi inspirasi kepada usahawan muda masa depan terutamanya anak anda.
Sejak penubuhan IKSB pada tahun 2005, syarikat ini telah berkembang dan membimbing ramai pemilik dan usahawan yang telah berjaya di dalam perniagaan dan pemasaran dalam talian mereka.
Terdapat pelbagai pemasaran digital buat masa sekarang, pelajar program usahawan muda ini akan banyak didedahkan dengan teknik pemasaran melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram yang lebih menjimatkan kos malah yang terbaharu, pelajar program ini juga akan didedahkan dengan penggunaan TikTok dan YouTube sebagai medium pemasaran digital melalui telefon pintar mereka.
Program ini mensasarkan penglibatan usahawan muda dari pelbagai peringkat umur, dari 15 hingga ke 21 tahun yang akan dibimbing oleh Irfan Khairi sendiri sepanjang program 3 hari ini berlangsung.